Tuesday, 13 February 2018

Resepi Rempah Perap BBQ Tulang Rusuk Kambing

     Assalamualaikum gaiss, harini CM bbq tulang rusuk kambing, so dgn malasnya CM perap je guna bahan2 ada. Sooo...let's start it!

Bahan2 :
1. Tulang rusuk kambing - dlm 6 keping*
2. Bawang putih - 2 ulas (ditumbuk hancur)
3. Halia - 3cm (ditumbuk hancur)
4. Sos tiram - 4 sudu
5. Sos barbecue - 4 sudu
6. Serbuk lada hitam
7. Butter - 1 sudu (utk disapu pada tulang rusuk)
8. Tepung (utk basuh tulang rusuk shj, msa bbq xperlu ya)

Step:
1. Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.

2. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya sejam(lagi lama lagi sedap)

3. Pastu bakar hingga masak.

4. Siap untuk dihidang!

P/s : maaf andai ada yang terkurang🙏


Thursday, 8 February 2018

Resepi Keropok Lekor Nasi

     Assalamualaikum wbt gais, harini cik mai aka CM nak share satu resepi. Resepi ni selalu org buat keropok kering tapi CM tukar version lain.

     Sblm tu nak tanya pernah makan keropok nasi? Haa ni CM nak share resepi keropok nasi versi keropok lekor!

Bahan2 :
1. Nasi - 3 cawan
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Kiub pati ayam maggi - 2 ketul kecil
4. Ketumbar - segenggam (CM masukkn ikut suka hati, bagi CM masukkan lagi banyak lagi sedap, tapi terpulang laa🤗)
5. Tepung ubi - 1 1/2 cawan

#Tips :
Semasa menggaul or tumbuk nasi, sediakan plastik dgn sapu sedikit minyak, tumbuk dan gaul dgn tangan yang berlapik plastik, baru bersih!

Step :
1. Tumbuk bawang putih dan kiub pati ayam hingga lumat, kemudian blend dan tapis (buang air bwg, ambil isi shj)

2. Tumbuk pula nasi yang sudah dikukus, masukkan bawang yang diblend tadi, gaul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan tepung ubi kedalam nasi, sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.

4. Ambil dua genggam nasi, bentuk seperti keropok lekor memanjang, sapu minyak pada plastik supaya tidak melekat.

5. Panaskan air hingga betul2 mendidih, pastikan betul2 mendidih ya! Kemudian celur adunan yang sudah dibentuk ke dalam air yang tengah mendidih, celur dalam kiraan 1/2 minit, kemudian angkat, kemudian celur lagi, dan angkat, ulang sehingga uols rasa dah masak.

6. Sejukkan dalam peti ais, bagi dia cool dulu, rasa2 dah sejuk, boleh la hiris seperti keropok lekor, goreng dan siap untuk dihidang!




P/s : CM cuma share berdasarka eksperimen yang dah berjaya, kalau tak berjaya, maafkan CM ya~

Melayan RunningMan Episod 249

          Assalamualaikum and anneyong everyone, tetiba sis greet korang dalam bahasa korea pulak kan, cis biadap! Haha chillex gais jangan ...