Assalamualaikum wbt gais, harini cik mai aka CM nak share satu resepi. Resepi ni selalu org buat keropok kering tapi CM tukar version lain.
Sblm tu nak tanya pernah makan keropok nasi? Haa ni CM nak share resepi keropok nasi versi keropok lekor!
Bahan2 :
1. Nasi - 3 cawan
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Kiub pati ayam maggi - 2 ketul kecil
4. Ketumbar - segenggam (CM masukkn ikut suka hati, bagi CM masukkan lagi banyak lagi sedap, tapi terpulang laa🤗)
5. Tepung ubi - 1 1/2 cawan
#Tips :
Semasa menggaul or tumbuk nasi, sediakan plastik dgn sapu sedikit minyak, tumbuk dan gaul dgn tangan yang berlapik plastik, baru bersih!
Step :
1. Tumbuk bawang putih dan kiub pati ayam hingga lumat, kemudian blend dan tapis (buang air bwg, ambil isi shj)
2. Tumbuk pula nasi yang sudah dikukus, masukkan bawang yang diblend tadi, gaul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan tepung ubi kedalam nasi, sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
4. Ambil dua genggam nasi, bentuk seperti keropok lekor memanjang, sapu minyak pada plastik supaya tidak melekat.
5. Panaskan air hingga betul2 mendidih, pastikan betul2 mendidih ya! Kemudian celur adunan yang sudah dibentuk ke dalam air yang tengah mendidih, celur dalam kiraan 1/2 minit, kemudian angkat, kemudian celur lagi, dan angkat, ulang sehingga uols rasa dah masak.
6. Sejukkan dalam peti ais, bagi dia cool dulu, rasa2 dah sejuk, boleh la hiris seperti keropok lekor, goreng dan siap untuk dihidang!
No comments:
Post a Comment