Sunday, 10 June 2018

NIKMAT SELEPAS KESULITAN

Assalamualaikum everyone,

          Lagi 4 hari sebelum raya, macam-macam hal terjadi pada sis, sebelum keadaan jadi lebih keruh, sis buka audio mp3 ceramah Ustaz Kazim Elias berkaitan marah, Ustaz febret sis tu, sis tertarik dengan ayat ni, katanya,

"Jika berlaku sesuatu kesulitan maka rujuklah pada Allah"

          Lepastu sis pun bwuduk dan menunaikan solat maghrib, usai solat sis capai buku motivasi, hadiah pemberian sahabat sis, kelihatan usang dan berhabuk, hehe..sis buka random muka suratnya, tertera satu ayat ni,

"Kelembutan Allah akan berterusan dalam tempoh yang lama, bak kesayuan pandangan mata"

Siapa tahu mungkin hari esok akan menghapus semua mimpi buruk, mengusir semua kesedihan dan menggantikan dengan senda gurau dan tawa.

"Allah kelak akan menjadikan kelapangan selepas kesulitan"

         Sis sudahi muka surat ni dengan penuh kesedaran, ingatlah, wahai saudariku, sesungguhnya brsama kesusahan itu ada kemudahan, selepas cucuran air mata akan muncul sebuah senyuman dan selepas malam akan menjelma siang, awan duka akan berselerak dan terpancar, malam-malam pekat pun terang, kedukaan dan penderitaan akan berakhir, bertabahlah kerana Allah s.w.t menjanjikan demikian.

Sekian, terima kasih^^


No comments:

Post a Comment

Melayan RunningMan Episod 249

          Assalamualaikum and anneyong everyone, tetiba sis greet korang dalam bahasa korea pulak kan, cis biadap! Haha chillex gais jangan ...