Thursday, 14 June 2018

Pengalaman beraya 2018

          Assalamualaikum everyone and have a good day, tahniah kepada yang berjaya melaksanakan rukun islam ketiga dan keempat iaitu berpuasa di bulan ramadhan dan  membayar zakat,  insyaAllah besar ganjarannya, yang ponteng puasa ada tak? Jangan angkat tangan nah buat malu kaum jantan ja, yg pompuan sokay sis faham, sis pun ABC juga, hehe, jangan lupa ganti puasa nah.

         So macam mana raya pertama tahun ni? ON tak ON? Sis semenjak berumur 25 tahun ni, dia punya excited nak celeb raya tu lari sikit, sebab asyik takda rezeki ja nak beraya sekali dengan mama, haihh~

            Tahun ni tahun ketiga sis beraya tanpa mama di sisi, mama berpisah dengan bapak sis since 2016, sebab jodoh depa tak panjang, sedih memang sedih, tapi sis percaya Allah adalah sebaik-baik perancang,  apa jadi pasti ada hikmah.

          Since mama dah duduk jauh, tanggungjawab sis makin besar, lagi-lagi kena pikul dua tanggungjawab sebagai anak sulung dan mama kepada adik_adik, sis redha, doakan sis terus kuat dan semoga kesejahteraan hidup kami berpanjangan .  Amin~

 

Gambaq raya mama tahun lepas, tahun ni dia tak share lagi bawa bertenang semua 😄


Tema kitorang black panther, 
tema korang apa tahun ni?

Dengan ini sis akhiri entri dengan ucapan Selamat hari raya kepada semua, mohon maaf zahir dan batin, raya, raya juga, kepada yang sedang menuju ke destinasi jauh tu pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang.



No comments:

Post a Comment

Melayan RunningMan Episod 249

          Assalamualaikum and anneyong everyone, tetiba sis greet korang dalam bahasa korea pulak kan, cis biadap! Haha chillex gais jangan ...