Assalamualaikum and anneyong everyone, tetiba sis greet korang dalam bahasa korea pulak kan, cis biadap! Haha chillex gais jangan kecam sis, sis tengah melayan runningman episod 249 jjang food, jjang food ni sejenis noodle, sambil melayan runningman, sis makan dry noodle brand mamee punya, hot and spicy gitcheww, so sekarang ni takde resepi apa pun nak share, saja nak bagi korang telan saliva tengok sis makan spicy noodle ala ala korean food ni, so go get yours (sempat lagi promote)
Dapur Mai
Thursday, 5 July 2018
Melayan RunningMan Episod 249
RESEPI MAKARONI GORENG
Assalamualaikum everyone! So ceritanya, semalam bapa sis inform kat sis sekolah adik sis ada buat jamuan makan-makan hari raya, so kelas dia minta sumbangan makanan untuk jamuan tu, sis plan nak beli nugget and goreng, tetiba dah ade mak mak yang nak buat, memandangkan sis tak banyak bahan, sis masak jela apa yang ada kat dapur sis, thats better than membazir right anak-anak? So di hari jumaat yang penuh barakah ini, sis nak kongsikan la resepi makaroni ala simple dimple pimple nihh, check out resepi belowwwwww 😘
Bahan2 :
1. Makaroni preg - 500g
2. Sos spagetti prego - 1 tin medium
3. Sos tomato puri - 3 sudu makan
4. Butter - 50g
5. Cendawan butang - hiris halus
6. Chili - sebatang hiris halus
7. Bawang besar - potong dadu
8. Chili padi - 3 biji hiris
9. Daun utk hiasan
Step :
1. Panaskan butter, masukkan all the chilis and bawang besar, tumis sampai garing.
2. Masukkan cendawan, gaul sebati, then masukkan sos spagetti, tomato puri and sedikit cukup rasa, tambah sedikit air, gaul hingga pecah lemak.
3. Last but not least, masukkan makaroni, gaul and siap! Tabur la daun bawang ke pape daun sup ke nak wujudkan suasana harmoni tu.
Baik la sekian itu saja dari sis yang gebu lagi comel nih.
Tuesday, 26 June 2018
Gangguan jin dan sihir
Assalamualaikum semua, harini sis nak kongsikan article mengenai gangguan jin dan sihir yang sis baru saja baca di blog Al-quran healing tadi, article yang sangat membantu, kebetulan sis sedang mengalaminya, so kepada sesiapa yang mungkin senasib dengan sis atau mengenali sesiapa yang mengalami gangguan jin atau sihir, harap perkongsian ini membantu.
Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.
Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit. Penulis pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan pesakit. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka. Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Terdapat 5 jenis punca gangguan jin yang dikenal pasti oleh penulis.
1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir. Di sini makhluk jin memasuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang. Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir. Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau kedalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.
2. Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu. Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus. Usia yang lanjut bukan faktor yang utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh. Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.
3. Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah. Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.
4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir. Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan akal pemikiran mereka. Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka. Dari pengalaman penulis, kebanyakkan pesakit yang menghadapi penyakit terencat akal (contohnya anak-anak down syndrome) terdapat gangguan jin didalam tubuh badan terutama dibahagian otak dan urat saraf.
5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin. Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome)dan penyakit SLE, sakit cancer seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin yang telah dikenal pasti oleh penulis. Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.
6. Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keterunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah seorang daripada keterunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin. Jin-jin ini akan berpindah kepada keterunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.
Simptom Simptom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan. Kebanyakan sintom yang di beritahu oleh pesakit-pesakit kepada penulis adalah seperti:
1. Sakit anggota badan:
a. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.
b. Sakit menyeluroh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.
c. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.
d. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas.
2. Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.
3. Gangguan pemikiran. Fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian. Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman. Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Quran atau berzikir.
4. Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas. Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini di rasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.
5. Pesakit rasa putus asa untuk hidup. Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.
6. Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.
7. Gangguan tidur - tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam. Suatu ketika dahulu penulis pernah bertemu dengan seorang pesakit yang tidur pada siang hari dan hanya berjaga dari jam 12 malam hingga 6 pagi.
8. Gangguan ketika beribadah iaitu ketika solat, membaca Al-Quran atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.
9. Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.
10. Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.
11. Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya. Penulis pernah diberitahu situasi dimana lampu bilek menyala dengan sendiri, pair mengeluarkan air dan tutup dengan sendiri, alat komputer dinyalakan dengan sendiri dan sebagainya. Penulis pernah pergi ke satu pejabat dimana lampu dan alat-alat mesin dan instrument di pejabat itu dinyalakan dengan sendiri dari bilek kawalan yang kosong.
12. Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.
13. Pesakit dirasuk. Di sini jin atau syaitan/iblis akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya. Apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya. Pernah penulis berhadapan dengan seorang pesakit perempuan tua berumur tujuh puluhan apabila dirasuk, pesakit berbicara dengan bahasa Thai (Siam) dan kemudian bersilat ala Thai (tomoi).
14. Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.
15. Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang. Ramai dikalangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka. Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.
16. Bayi kecil yang mengalami sawan tangis. Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat. Kebiasaannya selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.
17. Penderitaan dan halangan. Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Sihir juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.
Pernah suatu ketika dahulu penulis telah dijemput untuk membersihkan sebuah perpustakaan negeri yang baru dibina dan telah beroperasi selama beberapa tahun. Perpustakaan tersebut mengalami kekurangan pengunjung walaupun segala usaha promosi untuk memperkenalkan dan menarik pengunjung telah dilaksanakan. Apabila makhluk-makhluk halus yang mendiami perpustakaan ini dikeluarkan dan dipindahkan oleh penulis dengan izin Allah, perpustakaan tersebut telah menerima jumlah kunjungan yang berlipat ganda.
CARA RAWATAN PERUBATAN:
1. Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui cara batin oleh penulis (dengan izan Allah s.w.t) dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan penulis untuk rawatan.
2. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT GANGGUAN JIN DAN SIHIR:
(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Asyu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:
1. Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 20, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:
1. Surah Az-Zukhruf ayat 35 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Waaqi'ah ayat 36 hingga 74, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
D. Amalan Minggu Ketujuh dan Kelapan:
1. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Hasyr ayat 18 hingga 24, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Tuesday, 19 June 2018
RESEPI DAGING BERKUAH MASAK BLACK PEPPER
Assalamualaikum everyone~
Harini sis rajin sikit, sbb parents sis beraya kat perlis, tok pulak ikut bapak sis balik kampung, so memang tak berasap lah kan dapur sis, hehe, baru plan nak keluar rumah, bapak sis dah warning suruh jaga rumah, aihh so perut yang lapar membuatkan sis rasa nak masak sesuatu yang heavy dan mengenyangkan, maka terjadilah resepi daging berkuah masak black pepper.
Bahan2 :
1. Daging - semangkuk kecil
2. Chili besar - sebiji merah dan hijau (bahagia 3 dan hiris panjang)
3. Serai - sebatang
4. Bawang besar - sebiji
5. Bawang putih - 2 ulas
6. Tomato muda - sebiji
7. Asam keping - 1 keping
8. Air masak - 2 cawan
9. Sedikit minyak masak
10. Sedikit black pepper
Step by step :
1. Panaskan kuali tanpa minyak, masak daging sampai masak, kemudian alih ke mangkuk lain.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai, asam keping dan chili besar.
3. Masukkan daging yang sudah dimasak tadi, gaul rata.
4. Masukkan black pepper.
5. Masukkan air masak, bawang besar, tomato, sedikit cukup rasa dan biarkan hingga mendidih.
6. Siap untuk dimakan.
Thursday, 14 June 2018
Pengalaman beraya 2018
Assalamualaikum everyone and have a good day, tahniah kepada yang berjaya melaksanakan rukun islam ketiga dan keempat iaitu berpuasa di bulan ramadhan dan membayar zakat, insyaAllah besar ganjarannya, yang ponteng puasa ada tak? Jangan angkat tangan nah buat malu kaum jantan ja, yg pompuan sokay sis faham, sis pun ABC juga, hehe, jangan lupa ganti puasa nah.
So macam mana raya pertama tahun ni? ON tak ON? Sis semenjak berumur 25 tahun ni, dia punya excited nak celeb raya tu lari sikit, sebab asyik takda rezeki ja nak beraya sekali dengan mama, haihh~
Tahun ni tahun ketiga sis beraya tanpa mama di sisi, mama berpisah dengan bapak sis since 2016, sebab jodoh depa tak panjang, sedih memang sedih, tapi sis percaya Allah adalah sebaik-baik perancang, apa jadi pasti ada hikmah.
Since mama dah duduk jauh, tanggungjawab sis makin besar, lagi-lagi kena pikul dua tanggungjawab sebagai anak sulung dan mama kepada adik_adik, sis redha, doakan sis terus kuat dan semoga kesejahteraan hidup kami berpanjangan . Amin~
Sunday, 10 June 2018
NIKMAT SELEPAS KESULITAN
Assalamualaikum everyone,
Lagi 4 hari sebelum raya, macam-macam hal terjadi pada sis, sebelum keadaan jadi lebih keruh, sis buka audio mp3 ceramah Ustaz Kazim Elias berkaitan marah, Ustaz febret sis tu, sis tertarik dengan ayat ni, katanya,
"Jika berlaku sesuatu kesulitan maka rujuklah pada Allah"
Lepastu sis pun bwuduk dan menunaikan solat maghrib, usai solat sis capai buku motivasi, hadiah pemberian sahabat sis, kelihatan usang dan berhabuk, hehe..sis buka random muka suratnya, tertera satu ayat ni,
"Kelembutan Allah akan berterusan dalam tempoh yang lama, bak kesayuan pandangan mata"
"Allah kelak akan menjadikan kelapangan selepas kesulitan"
Sis sudahi muka surat ni dengan penuh kesedaran, ingatlah, wahai saudariku, sesungguhnya brsama kesusahan itu ada kemudahan, selepas cucuran air mata akan muncul sebuah senyuman dan selepas malam akan menjelma siang, awan duka akan berselerak dan terpancar, malam-malam pekat pun terang, kedukaan dan penderitaan akan berakhir, bertabahlah kerana Allah s.w.t menjanjikan demikian.
Sekian, terima kasih^^
Saturday, 9 June 2018
RESEPI KENTANG GORENG BILIS SEMUDAH ABC
Assalamualaikum everyone!
Welcome back to the channel, recently sis share resepi masak lemak, hope takde la yg pening follow up resepi yang sis main campak2 tu.
So kalini resepi dia sangat simple, sesuai utk ahli yg baru masuk arena memasak ni, so bahan-bahannya...
1. Kentang - 3 biji (ptg 8)
2. Bilis - segenggam
3. Chili - 3 biji (tumbuk skali hancur)
4. Bwg besar - stgh biji (hiris besar)
5. Minyak zaitun (klu xde minyak biasa pn boleh)
What the fishhh! Mudah kan? So anak2 dara yg kt luar tu jgn bg alasan tatao memasak eh, peluang sentiasa ada, resepi pun makin mudah, so sila-sila la bantu mak2 kt dapur tu. TQ ^^
Melayan RunningMan Episod 249
Assalamualaikum and anneyong everyone, tetiba sis greet korang dalam bahasa korea pulak kan, cis biadap! Haha chillex gais jangan ...

-
Assalamualaikum wbt gais, harini cik mai aka CM nak share satu resepi. Resepi ni selalu org buat keropok kering tapi CM tukar version l...
-
Assalamualaikum semua, harini sis nak kongsikan article mengenai gangguan jin dan sihir yang sis baru saja baca di blog Al-qura...
-
Assalamualaikum anak2~ Harini sis masak perut lembu masak lemak, berhabuk dah blog sis ni, sabo jelaa ye puasa2 ni.. So bahan-bahannya ada...